Saturday, August 29, 2009

Memakai Berus Gigi Orang Lain

Dari Aisyah RA dia berkata: Pernah Rasulullah SAW bergosok gigi, sedang di dekat beliau ada dua orang laki-laki, seorang diantaranya lebih tua dari kawannya. Maka diturunkanlah wahyu kepada beliau tentang keutamaan gosok gigi (dan siapakah yang berhak lebih dahulu diberi), iaitu: "Kabbir, artinya "Berikanlah berus gigi itu kepada yang lebih tua dari antara keduanya". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari dengan Ta'liq dan oleh Muslim dengan cara Musnad dari Ibnu Umar.

Cara Mengosok Gigi

Dari Abu Burdah dari ayahnya (Abu Musa Al Asy'ari RA) dia berkata : Kami pernah menghadap Rasulullah SAW mohon untuk membawa muatan beliau, ketika aku melihat beliau sedang mengosok(bersikat) gigi pada bahagian atas lidahnya. Kata Abu Daud. Sulaiman (perawi hadis ini) berkata: Kata Abu Musa: Aku pernah pergi menghadap kepada Nabi SAW ketika beliau sedang bergosok gigi dan diletakkannya berus(sikat) itu dihujung lidah beliau seraya bersuara "u" "u", iaitu beliau menguak-guak. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasaai.

Monday, August 17, 2009

Mengosok Gigi

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW beliau bersabda:"Andaikata tidak kerana takut memberatkan orang-orang mukmin, tentu aku perintahkan mereka mengakhirkan solat Isyak , dan mengosok gigi untuk setiap solat".

Dari Zaid Bin Khalid Al Juhni RA dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Andaikata tidak kerana takut memberatkan umatku, tentu aku perintahkan mereka bergosok gigi untuk setiap solat". kata Abu Salamah: Maka aku melihat Zaid duduk di Masjid sedangkan berus(sikat) giginya dikepitkan di telinganya, seperti juru tulis yang menyepitkan pena di telinganya. Setiap kali dia berdiri hendak mengerjakan solat, maka bergosok gigilah dia. Hadis ini jga dikeluarkan Termizi dan Nasaai.

Dari Abdullah Bin Hanzhalah Bin Abi Amir:Bahawa Rasulullah SAW diperintahkan agar berwudhuk untuk setiap solat, baik beliau masih punya wudhuk atau tidak. Mengingat hal itu memberatkan (menyulitkan), maka beliau diperintahkan agar bergosok (bersikat) gigi setiap kali solat saja. Kerana Ibnu Umar yakin, bahawa dia mampu melakukannya, maka dia tidak suka meninggalkan wudhuk untuk setiap kali solat.

Sunday, August 16, 2009

Tangan Digosokkan Ke Tanah Setelah Bersuci (Cebok)

Dari Abu Hurairah RA dia berkata: Apabila Rasulullah SAW pergi ke tandas (tempat buang air), maka aku bawakan satu wadah air, lalu beliau bersuci. Dalam hadis Waki', Abu Daud berkata: Setelah itu beliau menyapukan tangannya ke tanah, lalu aku bawakan satu wadah (bekas) air lain, terus beliau berwudhu'. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Friday, August 14, 2009

Istinja' Dengan Air

Dari Anas Bin Malik RA bahawa Rasulllah SAW pernah memasuki suatu kebun (untuk buang air) dengan disertai oleh seorang bujang termuda di antara kami yang membawakan sebuah tempat air wudhu',. Maka diletakkanlah tempat air wudhu' itu dekat sebuah pohon bidara. Setelah selesai buang air dan bersuci dengan air itu, maka beliau kembali lagi kepada kami. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda:"Ayat berikut turun, sebab penduduk Kota Quba'.( Iaitu ayat) : Di dalamnya (Masjid Quba') terdapat orang-orang yang suka bersuci (dengan air setelah buang air besar -Surah At-Taubah 108)". Kata Abu Hurairah: Penduduk Quba', biasa beristinja' dengan air, kerana itu ayat ini turun sebab mereka. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi dan Ibnu Majah.

Thursday, August 13, 2009

Membersihkan Diri Dari Air Kencing

Dari Aishah RA dia berkata: Pernah Rasulullah SAW kencing, lalu Umar datang dibelakang beliau membawa satu gayung (bekas) air. Kemudian bersabda: "Apakah ini Umar?!" Kata Umar: "Ini air wudhu' untuk engkau". Sabda beliau: "Aku tidak diperintahkan berwudhu', setiap kali aku berkencing. Andaikata aku lakukan, tentu hal itu menjadi sunnah (kewajipan umatku)". Hadis ini juga dikeluarkan Ibnu Majah.

Friday, August 7, 2009

Istinja Dengan Batu

Dari Aishah RA Bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang di antara kamu pergi buang air besar, hendaklah dia membawa tiga butir batu, bersuci dengannya. Sebab itu sahlah baginya.". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Dari Khuzaimah Bin Tsabit RA dia berkata: Pernah Rasulullah SAW ditanyakan tentang bersuci (setelah buang air besar), lalu beliau bersabda: "Dengan tiga butir batu, di antaranya bukan tahi binatang". Hadis ini juga dikeluarkan Ibnu Majah.

Thursday, August 6, 2009

Yang Tidak Boleh Dibuat Istinja'

Dari Syaiban Al-Qitbani, bahawa Maslamah Bin Mukhallad (Gabenor Mesir) di masa pemerintahan Muawiyyah mengangkat Ruwaifi Bin Thabit agar menjadi pengurus di Daerah Dataran Rendah Negeri Mesir. Selanjutnya kata Syaiban: Lalu kami pernah berjalan bersama Ruwaifi' dari Kumi Syarik ke Alqama atau dari Alqama ke Kumi Syarik, maksudnya ke Alqam., maka Ruwaifi' berkata pernah seorang diantara kami di masa hidup Rasulullah SAW mempergunakan unta milik saudaranya sampai kurus, atas ketentuan bahawa pemilik unta itu mendapat separuh bahagian keuntungan (harta ghanimah), sedang kami mendapatkan separuhnya. Akibatnya, jika di antara kami mendapat bahagian mata panah dan bulunya, maka dia mendapatkan bahagian batangnya (wadah). Selanjutnya dia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda kepada ku: "Wahai Ruwaifi' barangkali sepeninggalku, kamu panjang umur, maka kabarkanlah kepada orang banyak, bahawa siapa mengikat janggutnya atau memakai kalung dilehernya, atau bersuci dengan tahi binatang atau tulang, sesungguhnya Muhammad SAW berlepas tangan dari orang itu". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Dari Jabir Bin Abdullah RA dia berkata: Rasulullah SAW melarang kita bersuci dengan tulang atau tahi binatang". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Abdullah Bin Mas'ud RA dia berkata: Pernah delegasi jin datang menghadap kepada Rasulullah SAW (di Makkah sebelum Hijrah) lalu berkata:" Wahai Muhammad! cegahlah umat engkau bersuci dengan tulang, tahi binatang atau tahi manusia. Kerana Allah telah membuatnya sebagai rezeki kami". Kata Abdullah: Maka Nabi SAW mencegah hal itu.

Tandas Harus Tertutup

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW beliau bersabda: "Barang siapa (hendak) bercelak, maka berganjillah, siapa yang melakukan (cara demikian itu), benar-benar bagus dia; dan siapa yang tidak (melakukan cara yang demikian itu), tiada berdosa dia. Barang siapa yang bersuci dengan batu, maka perganjillah. Siapa yang melakukan (cara yang demikian), benar-benar bagus dia; dan siapa yang tidak (melakukan cara yang demikian itu), tiada berdosa dia. Barang siapa yang makan , lalu ada sesuatu yang terlekat (di giginya) yang dicungkilnya, maka hendaklah dibuangnya, sedangkan sesuatu makanan yang dibuang oleh lidahnya , hendaklah ditelannya. Siapa yang melakukan (cara yang demikian itu), benar-benar bagus dia; dan siapa yang tidak (melakukan cara yang demikian itu), tiada berdosa dia. Barang siapa yang buang air besar, hendaklah dia bertutup. Jika hanya mendapatkan setumpuk pasir (untuk dibuat tutup) hendaklah dia membelakanginya, sebab syaitan suka mempermainkan punggung anak Adam. Barang siapa melakukan (cara yang demikian itu) benar-benar baguslah dia; dan siapa yang tidak (melakukan cara yang demikian itu), tiada berdosa dia." Hadis ini juga dikeluarkan Ibnu Majah.

Sunday, August 2, 2009

Jangan Menyentuh Kemaluan Dengan Tangan Kanan

Dari Abdullah Bin Abu Qatadah RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu kencing, maka janganlah dia memegang kemaluannya dengan tangan kanannya. Dan apabila dia pergi buang air besar, maka janganlah bercebuk (menyapu) dengan tangan kanannya. Dan apabila minum, maka janganlah minum dengan sekali nafas.

Dari Hafshah isteri Nabi SAW bahawa Nabi SAW biasa makan, minum dan berpakaian dengan tangan kanan beliau; sedangkan untuk selain dari itu, beliau biasa dengan tangan kiri.

Dari Ibrahim Bin Yazid Nakhai dari Aishah RA dia berkata:"Tangan kanan Rasulullah SAW adalah untuk bersuci dan makan beliau; sedangkan tangan kiri beliau adalah untuk bercebok dan bersuci dari najis lainnya.

Saturday, July 25, 2009

Doa Keluar Dari Tandas

Dari Aishah RA bahawa Nabi SAW apabila telah keluar dari tandas beliau mengucapkan "Ghufranaka (aku memohon ampunan-Mu)." Hadis ini dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Dan Terrmizi berkata: Ini Hadis Gharib Hasan. Dan kami tidak mengetahui tentang bab ini kecuali hadis Aisyah. Ini akhir kata Termizi.

Dan tentang bab ini ada hadis Abu Dzar katanya:Nabi SAW apabila telah keluar dari tandas, beliau mengucapkan:"Alhamdulillahil laazi azhaba annil a'za wa a' faani (segala puji bagi AlLah yang telah menghilangkan penyakit dariku dan telah menyembuhkan aku".

Dan seperti ini pula hadis Anas Bin Malik dari Nabi SAW dalam satu lafaz lain:Alhamdulillahil la zhi ahsana ilayya fi awwalihi wa a khirih(segala puji bagi AlLah yang telah berbuat baik kepada ku di awal dan akhirnya)".

Dan hadis Abdullah Bin Umar bahawa Nabi SAW apabila telah keluar dati (tandas) beliau mengucap:"Al hamdulillahil ladzi aza qani lazza tahu wa abqa fiyya quwwatah(segala puji bagi AlLah yang telah membuat aku merasa kelazatannya, menetapkan kekuatannya ke dalamku dan telah menghilangkan penyakitnya dari aku.)" Hanya saja hadis-hadis ini sanad-sanadnya dhaif. Sebab itu Abu Hatim Ar Razi berkata:"Hadis yang paling sahih dalam bab ini, ialah Aisyah".

Friday, July 24, 2009

Tempat-tempat Terlarang Buang Air

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Takutlah menjadi dua macam orang yang dilaknat!" Sahabat bertanya :"Siapakah dua macam orang yang dilaknat itu wahai Rasulullah?". Belaiu menjawab: "Iaitu orang yang suka buang air di jalan orang atau di tempat berteduh." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Muaz Bin jabal RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Takutilah tiga macam tempat buang air terlaknat, iaitu buang air besar di sumber-sumber air, di tengah jalan dan di tempat orang berteduh." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu majah.

Dari Abdullah Bin Mughaffal RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu buang air kecil di permandiaannya, lalu dia mandi di dalam pemandiannya itu:. Kata Ahmad Bin Hanbal :"Kemudian dia berwuduk di dalamnya, kerana kewas-wasan itu pada umumnya datang dari padanya". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Termizi berkata :Ini Hadis Gharib

Dari Humaid Al-Himyari, iaitu Ibnu Abdurrahman dia berkata: Aku bertemu dengan seorang sahabat Nabi SAW yang bersahabat sebagaimana Abu Hurairah RA. katanya: "Rasulullah SAW melarang seseorang di antara kita bersisir setiap hari, atau buang air kecil dipermandiannya.". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Dari Abdullah Bin Sarjis, bahawa Nabi SAW melarang buang air kecil ke dalam lubang. Kata Hisyam Ad Dastawaai (perawi hadis ini): Mereka berkata kepada Qatadah : "Mengapa beliau tidak menyukai buang air kecil di dalam lubang?" Katanya: Dikatakan, bahawa lubang itu tempat tinggal jin." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Kencing Dalam Bekas (Pispot) di Malam Hari

Dari Umaimah Binti Ruqaiyah dia berkata: "Adalah bagi Nabi SAW sebuah bekas dari kayu di bawah katil (ranjang) beliau, yang pada waktu malam hari beliau buang air kecil padanya." Hadis ini dikeluarkan oleh Nasaai.

Saturday, July 18, 2009

Buang Air Kecil Sambil Berdiri

Dari Abu Hudzaifah RA dia berkata: Rasulullah SAW pernah mendatangi tempat buang sampah suatu kaum, lalu beliau buang air kecil sambil berdiri, Kemudian beliau meminta air lalu menyapu atas kedua kasut beliau. Abu Daud berkata: Kata Musaddad: Hudzaifah berkata:"maka aku pergi dekat tumit beliau." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari , Muslim,Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Tuesday, July 14, 2009

Buang Air Kecil Sampai Tuntas

Dari Ibnu Abbas RA dia berkata :Nabi SAW pernah bertemu dengan dua buah kubur, lalu beliau bersabda:"Ketahuilah bahawa kedua orang dalam kubur ini sedang disiksa. Mereka disiksa bukan kerana suatu perbuatan yang berat untuk ditinggalkan. Iaitu orang ini tidak bersuci setelah buang air kecil; sedangkan yang seorang ini suka pergi mengadu domba". Setelah itu beliau meminta pelepah kumar basah, lalu dibelah dua, kemudian ditancapkan di atas kubur masing-masing satu persatu. Setelah itu beliau bersabda:" Semoga siksa mereka berdua diringankan sebelum pelepah kurma itu kering". Dalam suatu riwayat disebutkan:"......dia tidak bersembunyi pada waktu buang air kecil." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Dari Abdurrahman Bin Hasanah dia berkata:'Aku bersama Amru Bin Ash pernah pergi mengadap Nabi SAW. Maka keluarlah beliau membawa sebuah perisai kulit, pergi buang air kecil bersembunyi dengan perisai itu. Maka berkatalah kami:lihat lah, beliau buang air kencing seperti orang perempuan!' terdengarlah hal itu oleh beliau, maka beliau bersabda: "Belum tahukah kamu azab yang diterima seorang Bani Israil?. Biasanya apabila mereka terkena air kencing, maka dipotonglah apa yang terkena (najis) air kencing itu. lalu orang tersebut melarang mereka (memotongnya), maka diazablah dia dikuburnya."
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Abu daud: Ashim berkata: Dari Abi Waail dari Abi Musa dari Nabi SAW beliau bersabda:"............badan seorang di antara mereka........."

Sunday, July 12, 2009

Masuk Tandas (Kakus) Memakai Cincin Dengan Asma AlLah

Dari Anas berkata: "Rasulullah SAW apabila memasuki tandas beliau meletakkan cincinnya". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Menyebut Asma AlLah Bukan Waktu Suci

Dari Aishah RA dia berkata:'Rasulullah SAW, biasa menyebut Asma AlLah pada setiap waktu.'
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Termizi dan Ibnu Majah. Dan kata Termizi Hadis ini Hasan Gharib.

Friday, July 10, 2009

Menjawab Salam Waktu Buang Air Kecil.

Dari Ibnu Umar RA, dia berkata:'Pernah seseorang lelaki lewat bertemu Rasulullah SAW, waktu beliau sedang buang air kecil, lalu dia memberi salam, namun beliau (Nabi) tisdak menjawab. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Kata Abu Daud :'Diriwayatkan pula dari Ibnu Umar dan lainnya, bahawa Nabi SAW bertayammum, kemudian baru beliau menjawab salam itu'.
Dari Muhajir Bin Qunfidz, bahawa dia pernah bertemu Nabi SAW waktu beliau sedang buang air kecil. Maka dia memberi salam, namu beliau (Nabi) tidak menjawabnya sehingga beliau berwuduk, kemudian minta maaf lalu bersabda : "Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Asma AlLah Taala kecuali waktu suci." . Hadis ini juga diriwayatkan oleh Nasaai dan Ibnu majah.

Monday, July 6, 2009

Jangan Berbicara (Bersembang) Di Tandas (kakus)

Dari Abi Said RA dia berkata: 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah dua orang kamu pergi buang air besar dengan aurat terbuka sambil bersembang-sembang. Sesungguhnya AlLah Azzawajalla memurkai hal yang demikian itu". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Kata Abu Daud :'Hanya Ikrimah yang mengisnadkan hadis ini. Dan Ikrimah yang dimaksudkan oleh Abu Daud ialah Abu Ammar Ikrimah Bin Ammar Al 'Ajali Al Yamami. Dan Muslim di dalam Sahihnya telah berhujah dengannya. Dan sebahagian hufaz mendhaifkan hadis Ikrimah ini dari Yahya Bin Abi Kathir. Namun Muslim mengeluarkan hadisnya dari Yahya Bin Abi Kathir. Dan Bukhari meminta persaksian hadisnya dari Yahya Bin Abi Kathir.

Sunday, July 5, 2009

Cara Membuka Aurat Ketika Buang Air

Dari A'masy dari seorang lelaki [2]* dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW apabila hendak buang air, beliau tidak mengangkat kain pakaian, sehingga mendekati bumi tempat buang air. Kata Abu Daud: Abdul Salam Bin Harb meriwayatkannya dari A'masy dari Anas Bin Malik, dan dia adalah dhaif (lemah) [3]*. Hadis ini dikeluarkan oleh Termizi dari hadis A'masy dari Anas dan memberi tanda kepada hadis A'masy dari Ibnu Umar, dan dia berkata:"Kedua hadis itu mursal, dan dikatakan:A'masy belum pernah mendengar dari Anas Bin Malik, dan tidak pula dari seorang sahabatpun dari antara sahabat-sahabat Nabi SAW. Dia (A'masy) benar-benar telah melihat Anas Bin Malik dan Ibnu Abi Aufa, dan mendengar (hadis) dari mereka berdua. Namun apa yang dikatakan Termizi itulah yang mashur.

Nota [2] Menurut sebahagian orang ini bernama Qasim Bin Muhammad, salah seorang imam tsiqah. Menurut sebahagian perawi dia Ghiyats Bin Ibrahim seorang dhaif.
Nota [3] Maksudnya bukan bukan Abdul Salam yang dhaif (sebab dia seorang yang tsiqah) dan ungkapan orang yang menyatakan dari Anas, kerana A'masy belum pernah mendengar dari Anas. Aunul Ma'bud 1,31.

Thursday, July 2, 2009

Pengecualian (dispensation) Dalam Menghadap dan Berpaling Kiblat

Dari Abdullah Bin Umar RA dia berkata: " Sungguh aku pernah memanjat ke atas rumah, lalu aku lihat Rasulullah SAW duduk di atas dua buah batu bata menghadap Baitul Maqdis kerana buang air. Hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Dari Jabir Bin Abdullah RA dia berkata: " Nabi SAW melarang kami menghadap kiblat ketika buang air kecil. Kemudian aku pernah melihat beliau menghadapnya, satu tahun sebelum beliau wafat". Hadis ini dikeluarkan oleh Termizi dan Ibnu Majah. Dan Termizi berkata :"Hadis ini Hasan Gharib"

Jangan menghadap kiblat ketika buang air

Dari Marwan Al- Ashfar dia berkata: Aku pernah melihat Ibnu Umar menderumkan unta kenderaannya menghadap kiblat, lalu dia duduk buang air kecil (menghadap) kepadanya. Maka aku berkata wahai Abu Abdur-Rahman ! Bukankah cara demikian itu dilarang!?' jawabnya: "Ya, benar, hanya cara yang dilarang itu ditempat terbuka. Apabila antara kamu dan kiblat ada sesuatu yang menutupinya, maka tidak mengapa."

Jangan Menghadap kiblat

Dari Ma'qil Bin Abi Ma'qil Al-Asadi dia berkata: "Rasulullah SAW melarang kami menghadap dua kiblat (Baitullah dan Baitul Maqdis), pada waktu kami buang air kecil atau air besar." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

Wednesday, July 1, 2009

Jangan Menghadap kiblat ketika buang air

Dan suatu riwayat dari Abi Ayyub beliau berkata: 'Nabi SAW bersabda:" Apabila kamu pergi buang air, janganlah menghadap kiblat, baik buang air besar atau kecil. Tapi menghadaplah ke timur atau ke barat " (untuk penduduk Madinah). Setelah kami pergi ke Syam, kami dapati di sana tandas-tandas (kakus) telah dibina menghadap kiblat. Maka kami berpaling dari arah kiblat itu dan memohon ampun kepada AlLah.' Hadis ini juga dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Jangan Menghadap Kiblat

Dari Abu Hurairah RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:" Sesungguhnya aku ini bagi mu, hanya seperti kedudukan seorang ayah, aku mengajar kamu apabila di antara kamu pergi buang air besar, janganlah dia menghadap kiblat atau membelakanginya, dan janganlah bersuci dengan tangannya yang kanan". Dan beliau memerintahkan agar bersuci dengan tiga ketul batu, dan melarang dengan tahi binatang dan tulang rapuh. Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim secara ringkas dan oleh Nasaai dan Ibnu Majah secara sempurna.

Tuesday, June 30, 2009

Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air

Dari Salman RA dia berkata: Pernah ditanyakan kepadanya (oleh orang-orang musrik):'Nabi kamu benar-benar telah mengajar kamu tentang segala sesuatu, sampai tata cara buang air'. kata Salman: "Ya. Sungguh Nabi kami SAW, benar-benar melarang kami menghadap kiblat waktu buang air besar atau kecil. Dan melarang pula agar kami tidak bercebok(membasuh) dengan tangan yang kanan, dan melarang pula agar seseorang di antara kami tidak bersuci kurang dari tiga biji batu atau bersuci dengan tahi binatang atau tulang". Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Doa memasuki Tandas (kakus)

Dari Zaid Bin Arqam dari rasulullah SAW beliau bersabda:" Sesungguhya tandas-tandas ini didatangi syaitan-syaitan. Maka apabila seseorang kamu mendatagi tandas, hendaklah dia mengucapkan ' A uuzu billahi minal khubutsi wal khaba-es (aku berlindung kepada AlLah dari syaitan-syaitan jantan dan betina) (atau dari kotoran atau penyakit)." hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Termizi ; hadis Anas adalah paling sahih dan sebaik-baiknya hadis tentang ini. Dan Hadis Zaid Bin Arqam dalam isnadnya terdapat kegoncangan, dan menunjukkan perbezaan para perawinya.

Doa memasuki tandas (kakus)

Dari Anas Bin Malik RA. dia berkata: " Apabila Rasulullah SAW memasuki tandas (kakus) beliau mengucapkan ; "Allahumma inni a' uuzubika minal khubu-si wal khaba-es (Wahai Allah, aku berlindung kepada MU dari syaitan-syaitan jantan dan betina". (atau kotoran dan penyakit)). Hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Mencari Tempat Untuk Buang Air

Dari Abu Tayyah berkata: Seorang guru bercerita kepada ku katanya:"ketika Abdullah Bin Abbas datang ke Basrah, dia sering menceritakan Abu Musa. Lalu Abdullah menulis surat kepada Abu Musa menanyakan tentang beberapa perkara. Kemudian Abu Musa membalas suratnya, yang isinya antara lain: 'Sesungguhnya pada suatu hari aku bersama Rasulullah SAW.; lalu beliau hendak buang air kecil. Maka beliau mendatangi suatu tanah datar lagi lembut dipangkal suatu tembok, kemudian buang air kecil di situ. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda :" Apabila seseorang antara kamu hendak buang air kecil, maka carilah tempat yang lembut (lunak) untuk kencingnya". Dalam hadis ini ada majhul tapi tidak berbahaya,kerana disokong oleh hadis-hadis lain yang senada.

Monday, June 29, 2009

Bersembunyi ketika buang air

Dari Jabir Bin Abdullah RA, bahawa Nabi SAW apabila hendak buang air besar, beliau pergi sehingga tidak terlihat oleh seseorangpun. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Dan di dalam isnadnya terdapat Ismail Bin Abdul Malik Al-Kufi, seorang pendatang yang menetap di Kata Makkah Al-Musyarrafah, dan hadisnya menjadi perbicaraan bukan oleh seorang sahaja.

Bersembunyi Semasa Buang Air

Dari Mughirah bin Syu'bah R.A, bahawa Nabi SAW apabila pergi ketempat buang air, beliau menjauh(dari orang). Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Termizi Hasan Sahih