Sunday, July 5, 2009

Cara Membuka Aurat Ketika Buang Air

Dari A'masy dari seorang lelaki [2]* dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW apabila hendak buang air, beliau tidak mengangkat kain pakaian, sehingga mendekati bumi tempat buang air. Kata Abu Daud: Abdul Salam Bin Harb meriwayatkannya dari A'masy dari Anas Bin Malik, dan dia adalah dhaif (lemah) [3]*. Hadis ini dikeluarkan oleh Termizi dari hadis A'masy dari Anas dan memberi tanda kepada hadis A'masy dari Ibnu Umar, dan dia berkata:"Kedua hadis itu mursal, dan dikatakan:A'masy belum pernah mendengar dari Anas Bin Malik, dan tidak pula dari seorang sahabatpun dari antara sahabat-sahabat Nabi SAW. Dia (A'masy) benar-benar telah melihat Anas Bin Malik dan Ibnu Abi Aufa, dan mendengar (hadis) dari mereka berdua. Namun apa yang dikatakan Termizi itulah yang mashur.

Nota [2] Menurut sebahagian orang ini bernama Qasim Bin Muhammad, salah seorang imam tsiqah. Menurut sebahagian perawi dia Ghiyats Bin Ibrahim seorang dhaif.
Nota [3] Maksudnya bukan bukan Abdul Salam yang dhaif (sebab dia seorang yang tsiqah) dan ungkapan orang yang menyatakan dari Anas, kerana A'masy belum pernah mendengar dari Anas. Aunul Ma'bud 1,31.

No comments:

Post a Comment