Dari Ibnu Umar RA, dia berkata:'Pernah seseorang lelaki lewat bertemu Rasulullah SAW, waktu beliau sedang buang air kecil, lalu dia memberi salam, namun beliau (Nabi) tisdak menjawab. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Kata Abu Daud :'Diriwayatkan pula dari Ibnu Umar dan lainnya, bahawa Nabi SAW bertayammum, kemudian baru beliau menjawab salam itu'.
Dari Muhajir Bin Qunfidz, bahawa dia pernah bertemu Nabi SAW waktu beliau sedang buang air kecil. Maka dia memberi salam, namu beliau (Nabi) tidak menjawabnya sehingga beliau berwuduk, kemudian minta maaf lalu bersabda : "Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Asma AlLah Taala kecuali waktu suci." . Hadis ini juga diriwayatkan oleh Nasaai dan Ibnu majah.


sedangkan isu tandas pun dibabitkan dengan syariat islam,apatah lagi sesebuah negara.
ReplyDelete