Friday, July 24, 2009

Tempat-tempat Terlarang Buang Air

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Takutlah menjadi dua macam orang yang dilaknat!" Sahabat bertanya :"Siapakah dua macam orang yang dilaknat itu wahai Rasulullah?". Belaiu menjawab: "Iaitu orang yang suka buang air di jalan orang atau di tempat berteduh." Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim.

Dari Muaz Bin jabal RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda:"Takutilah tiga macam tempat buang air terlaknat, iaitu buang air besar di sumber-sumber air, di tengah jalan dan di tempat orang berteduh." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu majah.

Dari Abdullah Bin Mughaffal RA dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu buang air kecil di permandiaannya, lalu dia mandi di dalam pemandiannya itu:. Kata Ahmad Bin Hanbal :"Kemudian dia berwuduk di dalamnya, kerana kewas-wasan itu pada umumnya datang dari padanya". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Termizi berkata :Ini Hadis Gharib

Dari Humaid Al-Himyari, iaitu Ibnu Abdurrahman dia berkata: Aku bertemu dengan seorang sahabat Nabi SAW yang bersahabat sebagaimana Abu Hurairah RA. katanya: "Rasulullah SAW melarang seseorang di antara kita bersisir setiap hari, atau buang air kecil dipermandiannya.". Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

Dari Abdullah Bin Sarjis, bahawa Nabi SAW melarang buang air kecil ke dalam lubang. Kata Hisyam Ad Dastawaai (perawi hadis ini): Mereka berkata kepada Qatadah : "Mengapa beliau tidak menyukai buang air kecil di dalam lubang?" Katanya: Dikatakan, bahawa lubang itu tempat tinggal jin." Hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai.

No comments:

Post a Comment