Tuesday, June 30, 2009

Jangan Menghadap Kiblat Ketika Buang Air

Dari Salman RA dia berkata: Pernah ditanyakan kepadanya (oleh orang-orang musrik):'Nabi kamu benar-benar telah mengajar kamu tentang segala sesuatu, sampai tata cara buang air'. kata Salman: "Ya. Sungguh Nabi kami SAW, benar-benar melarang kami menghadap kiblat waktu buang air besar atau kecil. Dan melarang pula agar kami tidak bercebok(membasuh) dengan tangan yang kanan, dan melarang pula agar seseorang di antara kami tidak bersuci kurang dari tiga biji batu atau bersuci dengan tahi binatang atau tulang". Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Doa memasuki Tandas (kakus)

Dari Zaid Bin Arqam dari rasulullah SAW beliau bersabda:" Sesungguhya tandas-tandas ini didatangi syaitan-syaitan. Maka apabila seseorang kamu mendatagi tandas, hendaklah dia mengucapkan ' A uuzu billahi minal khubutsi wal khaba-es (aku berlindung kepada AlLah dari syaitan-syaitan jantan dan betina) (atau dari kotoran atau penyakit)." hadis ini juga dikeluarkan oleh Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Termizi ; hadis Anas adalah paling sahih dan sebaik-baiknya hadis tentang ini. Dan Hadis Zaid Bin Arqam dalam isnadnya terdapat kegoncangan, dan menunjukkan perbezaan para perawinya.

Doa memasuki tandas (kakus)

Dari Anas Bin Malik RA. dia berkata: " Apabila Rasulullah SAW memasuki tandas (kakus) beliau mengucapkan ; "Allahumma inni a' uuzubika minal khubu-si wal khaba-es (Wahai Allah, aku berlindung kepada MU dari syaitan-syaitan jantan dan betina". (atau kotoran dan penyakit)). Hadis ini dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah.

Mencari Tempat Untuk Buang Air

Dari Abu Tayyah berkata: Seorang guru bercerita kepada ku katanya:"ketika Abdullah Bin Abbas datang ke Basrah, dia sering menceritakan Abu Musa. Lalu Abdullah menulis surat kepada Abu Musa menanyakan tentang beberapa perkara. Kemudian Abu Musa membalas suratnya, yang isinya antara lain: 'Sesungguhnya pada suatu hari aku bersama Rasulullah SAW.; lalu beliau hendak buang air kecil. Maka beliau mendatangi suatu tanah datar lagi lembut dipangkal suatu tembok, kemudian buang air kecil di situ. Setelah itu Rasulullah SAW bersabda :" Apabila seseorang antara kamu hendak buang air kecil, maka carilah tempat yang lembut (lunak) untuk kencingnya". Dalam hadis ini ada majhul tapi tidak berbahaya,kerana disokong oleh hadis-hadis lain yang senada.

Monday, June 29, 2009

Bersembunyi ketika buang air

Dari Jabir Bin Abdullah RA, bahawa Nabi SAW apabila hendak buang air besar, beliau pergi sehingga tidak terlihat oleh seseorangpun. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnu Majah. Dan di dalam isnadnya terdapat Ismail Bin Abdul Malik Al-Kufi, seorang pendatang yang menetap di Kata Makkah Al-Musyarrafah, dan hadisnya menjadi perbicaraan bukan oleh seorang sahaja.

Bersembunyi Semasa Buang Air

Dari Mughirah bin Syu'bah R.A, bahawa Nabi SAW apabila pergi ketempat buang air, beliau menjauh(dari orang). Hadis ini juga dikeluarkan oleh Termizi, Nasaai dan Ibnu Majah. Dan kata Termizi Hasan Sahih